Pada bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w. menyarankan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sabda baginda yang bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu berbuka puasa, maka berbukalah dengan buah kurma. Sekiranya tiada kurma, maka minumlah air kerana ia adalah suci." (Riwayat al-Tirmizi no. 594)
Ia sangat bertepatan kerana terbukti secara saintifik bahawa kurma membekalkan tenaga segera kepada manusia, bahkan mengawal permakanan agar tidak berlebihan kerana rasa letih dan kelaparan sudah berkurang dengan ketara. Namun, perlu diingatkan bahawa berbuka puasa dengan kurma semata-mata mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w., bukannya disebabkan faktor-faktor diet atau kesihatan.
Protein buah kurma dibina daripada 23 jenis asid amino yang sebahagiannya tidak diperoleh dalam buah-buah biasa. Florin dan kalsium pula ialah mineral yang sangat baik untuk kesihatan gigi. Manakala kadar magnesium yang tinggi dan juga kewujudan selenium dalam kurma, mampu mencegah penyakit kanser.
Kurma juga sangat berguna kepada ibu mengandung kerana membekalkan vitamin B6, asid folik, kalium dan magnesium yang berfungsi memantapkan jantung dan peredaran darah. Kalsium yang banyak pula berfaedah untuk tulang dan gigi bayi di dalam kandungan. Allah telah menisyaratkan perkara ini dalam kisah kelahiran Nabi Isa a.s., apabila Maryam diperintahkan agar memakan kurma ketika dalam proses melahirkan baginda.
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu." (Surah Maryam 19:25-26)
Popular Posts
-
Kawan aku nama dia Ahmad.. dia nie kerja kilang ikut shif.. dia nie shif petang so balik tengah malam la.Satu malam tu dia lalu la kat jala...
-
Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a...
-
Hujan turun renyai-renyai. Namun langkah Safiyyah makin laju menuju ke blok Ibnu Khaldun. Sesekali matanya memandang jam di tangan. Masa...

No comments:
Post a Comment