Popular Posts

Friday, 17 June 2011

Terus Berdarah


"Sejak bila kamu merasakan ini adalah tindakan yang betul?" Aazad memandang ke dalam mata Abbas 
alt
sahabatnya.
"Sejak bila?"Abbas memandang tepat ke langit.
"Kamu berdiam tidak akan menyelesaikan apa-apa," Abbas mengalih pandangan dari langit kepada Aazad. Menarik nafas dalam-dalam.
"Burung itu di dalam sangkar mereka, tapi kuncinya ada padaku. Aku percaya begitu, wahai Aazad. Dan setiap kali, burung itu minta dibebaskan, dan adakah aku ingin menjadi orang yang zalim untuk tidak berbuat serupa itu?"
"Adakah kamu sudah tetap pendirian?"
"Setelah kamu berazam, maka bertawakallah (Ali Imran 3:159)."
"Jaga, mungkin sahaja kamu memahamnya dengan salah..."
"Dan jika aku memahamnya dengan salah, maka berbahagialah aku dengan kesalahanku.."
Sudah dua minggu tiada perkhabaran daripada Abbas. Seusai menunaikan solat Isya', Aazad bermalas-malas di hadapan televisyen. Alat kawalan sudah berada di dalam tangan dan TV dihidupkan.
Sekarang belum lepas jam 9, jadi hanya siaran berita yang menjadi santapan untuk Aazad. Aazad menatap kosong kaca TV Berita-berita yang tersiar tidak sedikit menarik minatnya. Aazad berbaring. TV masih dihidupkan. Merenung kipas syiling yang berputar malas-malas.
"Berita tergempar, kami baru mendapat berita yang kediaman rasmi wakil kedutaan Amerika Syarikat telah diceroboh seorang pemuda yang membawa bersama-samanya sejumlah besar bahan letupan.
Menurut pegawai polis yang berada di kawasan kejadian, melaporkan penceroboh itu tidak ingin berunding tetapi hanya mahu satu siaran langsung dari kediaman wakil kedutaan itu mengenai kejadian yang berlaku sekarang disiarkan di setiap kaca televisyen. Walaubagaimanapun, pihak polis masih sedang berusaha."
Aazad terbangun dari baring. Matanya tepat memandang kaca TV.
"Allahu, Abbas apakah engkau disebalik semua ini?"
Alat kawalan dicapai dan cepat-cepat Aazad menukar ke siaran lain jika ada berita lanjut mengenai kejadian itu. Ditukarnya pantas-pantas. Dia ingin lihat jika ada siaran televisyen yang memaparkan lakaran wajah 'suspek'. Jarinya berhenti memicit punat alat kawalan bila terpandang satu lakaran wajah.
"Ya, Allah, Abbas..." Aazad dengan pantas memakai jaket dan keluar.
"Wahai orang muda! Lebih baik kamu menyerah. Apa yang kamu lakukan adalah sia-sia," seorang pegawai polis cuba berunding.
Pada masa yang sama dia mengarahkan anak buahnya mengelilingi kawasan kediaman kedutaan dan bertindak menahan 'suspek' jika ada peluang untuk berbuat demikian.
Orang ramai mula meramai sekitar kawasan. Ada pegawai polis cuba menenangkan keadaan. Aazad berhimpit diantara lautan manusia cuba melepasi sekatan pegawai polis. Lautan manusia kian bersesak, pegawai polis yang cuba berunding kian mendesak, Aazad makin hebat berasak lepas dari sekatan.
"Jika kamu ada peluang, lepaskan tembakan kepada suspek tapi jangan sampai membunuh. Suspek akan kita tahan untuk siasatan, mungkin dia ada kaitan dengan mana-mana cawangan penjenayah."
Pegawai polis mengarah anak buahnya.
"Jika kamu ada apa-apa tawaran supaya kami dapat membebaskan tebusan sila nyatakan."
Terus memujuk.
"Saya ulangi, jika kamu ada apa-apa tawaran, kami bersedia mendengarnya."
Semua yang berada di situ menanti. Menanti. Menanti.
"Jika kamu ada apa-apa..."
"Apa ketika anak-anak kecil di bumi yang diperang tentera syaitan Zionis dan Amerika merayu nyawa, rayuan mereka didengar? Apa ketika anak gadis Afgan meminta jangan sampai mereka mengusung zuirat busuk tentera-tentera Zionis dan Amerika, mahkota mereka tidak diusik?
Apa ketika orang-orang tua Iraq meminta kepada tentera-tentera yang dilaknat Allah itu, nyawa mereka tidak dihabisi?"
Satu suara kedengaran dari dalam kediaman. Aazad kenal suara itu. Itu sememangnya tanpa ragu, adalah suara Abbas. Semua terdiam.
"Tapi tindakan kamu ini tidak mewajarkan semua ini. Adakah kerana mereka-mereka itu, orang lain dijadikan sasaran?"
"Apakah anak-anak kecil, gadis-gadis sunti, ibu-ibu dan bapak-bapak, nenek-nenek dan datuk-datuk yang terkorban itu ada mengusik kepentingan atau keegoan Zionis laknatullah dan Amerika-Amerika itu semua?"
"Atas dasar apa kamu mengatakan tindakan kamu ini wajar?"
Nyata pegawai polis itu masih belum mahu mengalah. Masih mencari ruang dan peluang untuk berdamai.
"Tuan, saya tidak tahu sama ada Tuan beragama Islam atau apa kerana sungguh saya tidak melihat Tuan. Dan jika Tuan beragama Islam, saya tidak tahu sama ada Tuan ada membaca Quran atau tidak. Tuan menanyakan saya atas dasar apa saya lakukan semua ini, maka dengarlah ayat ini :
Perangilah oleh kalian mereka (orang-orang kafir) hingga tidak ada lagi fitnah (kekafiran) sehingga agama ini hanya milik Allah semata. (A-Anfal 8: 39).
Maka atas dasar ini, atas dasar untuk menghentikan fitnah yang dibuat dari tangan-tangan mereka maka perbuatan ini wajar. Jika kalian tidak berangkat untuk berperang, nescaya Allah akan menyeksa kalian dengan seksa yang pedih dan digantinya dengan kaum yang lain. (At-Taubah 9: 38-39).
Maka atas dasar takutkan seksa Allah maka tindakan saya ini wajar."
"Sedarlah kamu mungkin tersalah faham mengenai ayat-ayat itu."
"Jika saya yang tersalah faham, berbahagialah saya dengan kesilapan saya kerana ini jalan yang saya yakin. Dan dengan Tuan mengatakan 'mungkin' lebih-lebih meyakinkan saya kerana jelas Tuan sendiri tidak yakin sama ada tindakan menghalang saya ini tindakan yang benar atau tidak."
"Jadi adakah kamu akan puas dengan begini? Adakah kamu sukakan ini?"
"Diwajibkan atas kalian berperang, sementara berperang itu adalah sesuatu yang kalian benci. Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian; boleh jadi pula kalian menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah mengetahui, sedangkan kalian tidak mengetahui (Al-Baqarah 2:216)."
Pegawai polis itu kehilangan kata-kata. Dalam kekalutan, Aazad berjaya melepasi sekatan dan telah berada di sebelah pegawai polis yang cuba memujuk Abbas. Dia menyentuh bahu pegawai polis itu dan membuatnya terkejut.
" Siapa kamu?"
Pertanyaan itu tidak diendahkan, Aazad lantas mengambil pembesar suara dari tangan pegawai polis itu.
"Wahai Abbas, mahukah engkau mendengar perkataanku?"
Pegawai polis itu tersentak. Anak buahnya ada yang cuba menangkap Aazad yang disangka segerombolan dengan 'suspek'. Akan tetapi tindakan itu dihalang. Abbas kenal suara itu, tetapi dia lebih suka berdiam.
"Memang benar orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami (Al-Ankabut 29:69).
Tidak ada sedikit cela dalam ayat itu dan tindakan kamu yang mengikut fahaman kamu. Tahukah kamu ada yang lebih tinggi darjatnya jika kamu lakukan dari apa yang kamu lakukan ini dan nyata ia lebih praktikal dari apa yang kamu cuba lakukan sekarang. Lupakah kamu pada titah baginda.
Jihad yang paling agung adalah kata-kata yang benar yang disampaikan kepada penguasa yang jahat? Nah, jika kamu katakan dan memang semua akui Zionis, Amerika dan para pengampu mereka itu orang-orang yang jahat dan tidak harus dibiarkan hidup supaya fitnah pembunuhan dapat dihentikan.
Tapi bukankah jika kita menentang mereka dengan kata-kata iaitu melalui diplomasi itu lebih elok, dan ingatlah Abbas kata-kata itu lebih tajam dari mata pedang maka kata-kata itu lebih praktikal untuk 'berperang' dengan mereka."
Semua terdiam. Aazad menunggu jawapan.
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (At-Taubah 9: 111)"
Aazad tersenyum. Dia tahu sangat Abbas memang fasih jika berbicara soal tafsir dan hadis.
"Jihad itu terus berjalan sejak aku (Rasulallah SAW) diutus oleh Allah SWT hingga orang terakhir di antara umatku yang berperang melawan Dajjal. Maka jika kamu membunuh mereka-mereka ini, adakah peperangan akan terus terhenti? Kamu sudah tiada, mungkin kerana terkorban, tetapi peperangan lain akan terus-terusan berjalan."
"Akan ada yang lain yang akan mengikut jejakku insyaAllah."
"Jadi adakah kamu berkata kamu melepaskan tanggungjawab itu kepada orang lain sedang mereka sendiri mungkin belum ada niat untuk melakukannya. Bukankah lebih baik kamu sendiri yang melakukannya.
Nah, di sinilah lebih praktikal kata-kata Rasullah SAW iaitu berjihad dan berperang dengan kata-kata. Apa salah kataku, Abbas?"
Sesi memujuk bertukar kepada sessi soal jawab hadis dan tafsir.
Pegawai polis yang tadinya cuba memujuk nyata kagum dengan kepetahan Aazad kerana dia sedar dia tidak mungkin mampu berdebat sefasih itu jika ia melibatkan hadis dan tafsir. Perlahan-lahan dia merasakan perundingan ini akan berjaya.
"Oh Abbas, dengarkan kataku, hentikan tindakan ini. Aku tidak mengatakan kamu salah, malah jika kamu betul,aku sendiri akan mengangkat tanganku dan bersama-sama denganmu.
Dengarkan kataku, apakah kamu lupa jihad itu bukan sekadar mengangkat senjata. Kamu masih punya ibu dan ayah dan membela mereka itu sebesar-besar jihad juga."
Ada terdengar bisik-bisik dari lautan manusia yang menonton. Ada juga yang terkesan dengan kata-kata Aazad sehingga menitiskan air mata. Suasana sunyi.
Suara siren kereta polis bertimpa-timpa dengan suara-suara orang ramai. Kata-kata itu turut membuatkan Abbas terusik hatinya.
"Apakah aku akan dilepaskan jika aku menyerah?"
Aazad menarik nafas lega kerana merasakan usahanya berhasil. Pegawai polis itu tersenyum lega kerana merasakan namanya akan tercatat di dada akhbar kerana berjaya membenteras 'kepincangan' ini.
"Ya, insyaAllah sesiapa yang berada di atas jalan Allah, maka mereka tidak akan sunyi dari pertolongan-Nya."
Disebalik urusan antara Aazad dan Abbas, secara sembunyi-sembunyi seorang pegawai polis telah berjaya menyelinap masuk ke dalam kawasan kediaman tanpa disedari. Pegawai polis yang berdiri di sebelah Aazad mengambil pembesar suara dari tangan Aazad.
"Ya, benar kata lelaki ini, kamu akan dilepaskan jika didapati tidak bersalah. Dan kami tidak akan mengapa-apakan kamu."
Pegawai polis telah lupa mengenai arahannya untuk menembak Abbas kerana terlalu seronok dengan keputusan 'pemujukan' yang menyebelahinya.
Abbas merasakan ada betul dalam kata-kata Aazad, dia berkira-kira untuk melepakan tebusan dan 'menyelesaikan' jihadnya dengan cara diplomasi. Ketika itu pegawai polis yang berada di dalam kawasan kediaman itu terlanggar pasu dan kehadirannya disedari Abbas.
Pegawai polis itu terperanjat dan secara tidak langsung melepaskan tembakan dan mengenai bahu kiri Abbas. Suasana jadi kelam kabut di luar. Aazad memandang pegawai polis di sebelahnya mengahrap jawapan.
"Allahu Akhbar! Demi Allah mereka ini tidak lebih dari penipu dan penganiaya!" Abbas membaling pasu yang berada di sebelahnya dan tepat mengenai kepala pegawai polis tadi.
"Demi Allah yang nyawaku di dalam tangan-Nya, terimalah korban hamba-Mu ini."
Aazad berlari deras ke arah kawasan kediaman. Pegawai polis tadi memberi arahan kepada anak buahnya untuk bersedia. Abbas memicit punat pengaktif bahan letupan yang berada di dalam tangannya.
Boom!!!
Satu letupan besar kedengaran. Kawasan kediaman wakil kedutaan itu hancur musnah.
Semua mata terpana. Mata Aazad bergenang. Pandangan menjadi kabur dan perlahan-lahan tampang tubuh Abbas terpapar di tubir mata.
"Burung itu di dalam sangkar mereka, tapi kuncinya ada padaku. Aku percaya begitu, wahai Aazad. Dan setiap kali, burung itu minta dibebaskan, dan adakah aku ingin menjadi orang yang zalim untuk tidak berbuat serupa itu?"
Mata Aazad bergenang.
"Dan jika aku memahamnya dengan salah, maka berbahagialah aku dengan kesalahanku."
Bergenang dengan lebih hebat...
"Berbahagialah sahabat, moga jihad-Mu diterima Allah jika itu yang engkau yakin... Berbahagialah...Allahu...Allahu...Allahu. Teruskah berdarah tangan-tangan dan tubuh-tubuh mereka yang merindui janji-Mu ya Alalh.
Tempatkanlah mereka di jannah tertinggi jika sesungguhnya mereka orang-orang yang benar. Ameen, ameen ya Rabb al-ameen."

Saturday, 11 June 2011

~*Usah Putus Asa*~

Assalamu'alaikum.Warahmatullahi Wabarakatuh

Sahabat...ketahuilah...
Apabila semua yg kita lakukan
Tidak membuahkan hasil...
Dan tidaj tau lagi apa yang akan di lakukan...
Ingatlah...
Kita masih bisa bersandar
Pd Dia Yang Maha Mengasihi...

Apabila hidup di selumbungi kegelapan...
Dan semuanya menjadi silap
Carulah cahaya itu...
Dari Dia yg memberi
Cahaya...

Apabila di belenggu masalah...
Sedangkan tiada siapa pun yg mau membantu...
Ingat pada Dia yang tak pernah melukakan hatimu...
Dia Yang Maha Adil...

Apabila hati yg luka dan kesakitan...
Menumbangkan kuadratmu...
Jangan berputus asa...
Karena Dia melihat segala-gala Nya...

Apabila lemah tak berdaya... sedangkan perjalanan masih jauh perlu di harungi...
Carilah kekutan itu...
Dari Dia Yang Maha Perkasa...

Apabila hidup ini di rasakan seperti beban...
Segala2nYa goyah...
Bangunkan semua kota semangat itu...
Dgn ke yakinan itu adalah iradat-Nya..

Apabila jalan di depan di gelapi kelam mendung...
Sedangkan tiada siapapun di sisi yg sudi menemanimu...
Carilah jalan lurus itu dari Dia...
Yg satu2Nya panduan hidup...

Apabila orang2 di sekeliling...
Tidak mau mendengar suara N keluh kesahmu...
Janganlah merasa kecewa...
Karena Dia Maha Mendengar...

Apabila kita dalam kedukaan...
Sedangkan tidak tempat untuk melarikan diri...
Mengadulah kpd Dia Yang Maha Esa..

Apabila keseorangan N kedukaan itu tiada penghujungnya...
Serahkan diri kpd Dia...
Satu2 Nya tempat yg boleh digantungkan harapan nyata...

Apabila goresan luka dicederakan lagi...
Hatimu di cakari kebimbangan...
Ingatlah bahwa Dia bersama orang2 yg sabar...

Semangatlah...
La tahzan...lakukan semua karena Allah...

Friday, 10 June 2011

Pretty Woman

Oh my! She’s so beautiful...
I’m trying not to stare
She has this look about her
This certain mystifying air...

Her charming smile
Captures me
Something about her
Is just so lovely

It’s not her clothes
Nor the way she walks
Hmm... it isn’t her jewellery
Or the way she talks

I don’t see a trace of make-up
Quite simple really... What in the world then
Makes her so pretty?

She stands out from the rest
With their painted faces
Not trapped by ‘fashion’
She aint running their races

No... her beauty seems to emanate
Deep from within
So subtle and pure
So free from sin

Her delicate glances
She restrains
Her precious voice
She retains

Covered from head to toe
Like a pearl protected
She knows her worth...
She is to be respected
You'll know When she's around...
She lights up the place
She adorns her surroundings
With her refined grace

What was her name again?
So simple yet so lovely
Ah yes... how can I forget
This pretty woman named ..
Modesty...

Tuesday, 7 June 2011

Rasulullah menangis kerana…

Rasulullah ceritakan pengalaman saksi balasan dahsyat ketika Isra’ Mi’raj, Ali berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?” Baginda SAW menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”
Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah SAW menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak). “Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kalajengking. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.” Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada ananda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”
Rasulullah menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya. “Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
“Perempuan tidak mau mandi setelah haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang. “Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain. “Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah. “Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.” Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.” Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.” Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.”
(Hadith riwayat Bukhari)

Friday, 3 June 2011

Panduan Mengelakkan Sihir

Di akhir zaman ini yang serba maju ini masih ada golongan yang menggunakan sihir yang telah wujud ribuan tahun sebelum ni. Jika ia digunakan untuk kebaikan pasti tidak timbul masalah, tetapi bagaimana jika ia digunakan untuk keburukan misalnya untuk memisahkan suami isteri yang bahagia dan sebagainya. Mari kita sama-sama pelajari cara untuk mengelakkan sihir.
Pertamanya, perlu lebih berhati-hati dalam berjumpa, mendapatkan dan percaya dengan dukun-dukun. Ini kerana Nabi SAW pernah mengingatkan : “Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung (bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW.“ ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya’la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)
Kedua, bagi melindungi diri dari sihir, yang terbaik adalah anda sentiasa menjaga solat lima waktu serta meningkatkan kualiti solat. Membaca al-Quran dan zikir secara berterusan dan komited. Ini ternyata dari firman Allah ertinya : “Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali (kamu punyai kuasa) ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat” ( Al-Hijr: 42)
Juga satu lagi firman Allah SWT ertinya : “Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya” (An-Nahl : 99)
Sebelum saya menyebut beberapa ayat yang boleh di amalkan bagi mengelak sihir, sesorang itu perlulah jelas beberapa fakta terlebih dahulu:
1. Kewujudan sihir telah diiktiraf oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan boleh datang dalam pelbagai bentuk.
2. Sihir boleh termasuk dalam perkara yang membawa sesuatu manfaat atau kejahatan . Ia berdasar firman Allah : “…Mereka mengamalkan apa yang diajarkan oleh syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Padahal Sulaiman itu bukanlah dari golongan orang yang ingkar. Mereka mengajarkan manusia ilmu sihir, yang diturunkan kepada kedua malaikat di negeri Babel, iaitu Harut dan Marut. Sedang keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang pun sebelum mengatakan “sesungguhnya kami hanya cubaan dan janganlah kamu kufur dan menyalah gunakan”. Tetapi manusia mempelajari dari keduanya dan digunakan (mengikut ajaran syaitan) untuk mencerai beraikan suami isteri. Bahkan mereka yang ingkar akan merasakan yang amalannya itu semata mata menyakitkan dan tidak memanfaatkan mereka pun” (Al-Baqarah : 102)
3. Sihir tidak boleh berfungsi dan memberi sebarang kesan kecuali dengan izin Allah SWT , ia dari firman Allah SWT : “..sesungguhnya mereka tidak dapat membinasakan sesiapa pun tanpa keizinan Allah.” (Al-Baqarah : 102)
4. Amaran Allah dan RasulNya bagi pengamal ilmu sihir :-
Erti firman Allah : “Oleh itu mereka akan ketahui dengan sepenuhnya sesiapa yang mengamalkan ilmu sihir, tidak akan mendapatkan bahagian yang baik di hari Akhirat kelak. (Al-BAqarah : 102)
Sabda Nabi SAW tentang dosa besar sihir :
Ia berdasarkan hadith Nabi SAW : Ertinya : “Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) “ ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir:
1. Membaca surah Al-Fatihah.
2. Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih
3. Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)
من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت ( رواه النسائي
Ertinya : “Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga” (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)
4. Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali : “Bismillahillazi La Yadhurru Ma’asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami’ul ‘Alim”.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( ما من عبد يقول في صباح كل يوم ومساء كل ليلة : ” بسم الله الذي لا يضرّ مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء , وهو السميع العليم “, ثلاث مرات , إلا لم يضره شيء )) : (رواه ابو داود والترمذي
Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : “Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui” sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya. (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)
5. Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam
من قرأ بالآتين من آخر سورة البقرة في ليلة كفتاه (رواه الشيخان
Ertinya : “Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir (ayat no 285 dan 286) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya”(Al-Bukhari & Muslim)
6. Membaca zikir : “La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai’in Qodir “ (sepuluh kali)
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قال : لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد , يحي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات على إثر المغرب بعث الله مسلحة يحفظونه من الشيطان حتى يصبح , وكتب الله له عشرحسنات موجبات , ومحى عنه عشر سيئات موبقات , وكانت له بعدل عشر رقاب مؤمنات . (الترمذي
Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : “ Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu” sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam.” (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)
7. Membaca : “A’uzubillah bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq”
أما لو قلت حين أمسيت : (( أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق )) , لم تضرك (رواه مسلم وأبو داود
Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. (Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225)

Artikel oleh: Ustaz Zaharuddin

Hukum Dan Etika Berlawak Dalam Islam

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah s.a.w bergurau dengan seorang wanita tua.
Wanita itu berkata baginda, “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab, “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis. Baginda s.a.w bersabda: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman, “Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.” (H.R. Tirmizi dan Al-Baihaqi)
Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata, “ Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami.” Baginda menjawab: “Ya, aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.” (H.R. Tirmizi dan Ahmad)
Di sini, Dr. Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yang perlu dipatuhi dalam bergurau senda:
Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.
Nabi s.a.w bersabda: “Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.” (H.R. Ahmad dan Ad-Darimi)
Nabi s.a.w bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” (H.R. Abu Daud, Tirmidzi dan An-Nasai’e)
Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.
Firman Allah: “Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… “ (Al-Hujarat, 49:11)
Nabi saw bersabda: “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (H.R. Muslim)
Termasuk dalam menghina ialah dengan meniru perbuatan orang lain.
Aisyah r.a berkata, “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.” (H.R. Ahmad dan Baihaqi)
Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.
Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah s.a.w dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.” (H.R. Thabrani)
Nabi s.a.w bersabda: “Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak ataupun betul-betul.” (H.R. Ahmad)
Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.
Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi s.a.w bersabda: “Tiga perkara yang mana diambil hukumnya sama ada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah, 2. Cerai, 3. Membebaskan hamba.” (H.R. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Sesungguhnya Allah telah mencela orang-orang musyrikin yang ketawa ketika mendengar Al-Quran. Firman Allah swt: “Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.” (An-Najm, 53:59-61)
Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.
Nabi s.a.w bersabda: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (H.R. Ahmad dan Ibu Majah)
Saidina Ali r.a: “Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”
Said bin al-‘As berkata: “Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadapmu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang-orang yang hendak bermesra dan menyebabkan orang-orang yang berdamping denganmu berasa rimas.”