Popular Posts

Friday, 11 March 2011

Tesis Sekeping Hati...


Bukan niatku menuntut kembali sekeping hati,
apatah lagi segalanya telah aku ikhlaskan,
simpanlah ia milikmu,
kau telah bayar maharnya dengan tawa dan tangisanmu,
buangkanlah jika perlu,
tetapi usah kembalikannya padaku,
kerana hati itu sudah tiada lagi nilai adanya,
dan kerana itu aku sedang menempa hati baru,
untuk aku berikan kepada dia,
hati yang tak akan sama seperti mu...

Tiada tafsiran yang tepat tentang bahagia,
kini bahagia hanya singgah seketika,
tatkala mengakui segala dosa dihadapan Rabbul Jalil,
mengharapkan satu keampunan dari Yang Maha Pengampun,
membisik rindu dalam doa yang dipohon,
mencari jati diri muslim dalam cucurun airmata,
penuh penyesalan,
berusaha agar menemui ketabahan di sebalik keinsafan,
moga bersinar cahaya keikhlasan...

Aku masih dalam merangka tesis,
untuk aku sembahkan kepada Professor Agung,
yang menjadikan syurga dan neraka,
demi ayat aku perhatikan apa yang terkandung,
sebalik tafsiran Al Quran,
aku selidiki timbunan sunnah,
peninggalan Muhammad penunjuk jalan,
cuba mengkaji kertas kerja mereka,
yang masuk syurga Allah tanpa hisab
dan mendapat ijazah Radiallahu ajmain ketika masih di dunia,

Kerana aku masih terlalu lemah dalam membuat kesimpulan,
mampukah aku untuk merumuskan,
sedangkan aku terlalu jauh dengan mereka,
baik dari segi kualiti iman dan kuantiti amalan,
namun aku belum putus harapan dengan rahmat dan ketentuan,
titian ini harus diseberangi walaupun merangkak,
menuju neraca pengadilan,
mengesahkan rekod memeriksa amalan,
redha dengan keputusannya,
moga aku terselamat biarpun lulus dengan markah kasihan...

nukilan: merah

No comments:

Post a Comment