Popular Posts

Friday, 18 March 2011

UNTUK SAUDARA ISLAMKU......


Wahai sahabat, dengarlah nasihatku ini.... berlindunglah pada ALLAH dari empat macam keburukan. Sentiasalah berdoa dengan doa ini - dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung pada-MU dari hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengar, jiwa yang tidak berasa puas, dan ilmu yang tidak bermanfaat. Aku memohon perlindungan-MU daripada empat macam keburukan ini - .

     Ingatlah... kita tidak akan hidup selama-lamanya. Tapi ALLAH akan terus berkuasa sampai bila-bila. DIA-lah yang awal dan yang akhir. Sentiasalah memohon keredaan-NYA dan berlindung daripada kemurkaan-NYA. Rajin-rajinkanlah lidah meminta syurga-NYA dan minta dihindari dari neraka-NYA.

Sunday, 13 March 2011

Boring lak....

Boring lak tngah-tengah malam nie...asyik ngadap laptop je dari pkul 10.30 tadi....nak ajak chat kat FB lak mlas lagipun kbanyakkan aq x knal....x tau nak wat apa..Skarang pkul2.45 mlm....sram jugak...suma dah tido...nak ghi tido x ngantok, but sure esoq mesti tido blik past subuh...smpai pkul 8.30 pagi cukup la..x nak trtinggal citer kartun kat TV.... pkul 3 lbih2 ghi la nak paksa tido pon....hmmm... Skrang tngah ngadap citer detektif conan movie 14...bila movie 15 nak kluar agaknya???ntahla...but, jngan slah pham gambor kat atas tu...eden x suka 'pink',ok....eden suke 'black'..asal citer psal colour nie??? layan movie blik la...

Kejadian Seram Di Wad ICU...


Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.. Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri.

Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba...... Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Bedah.... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan 'plug vacum cleaner'nya...

Lawak Ke??????!!!

Suprise!!!

Citer dari kawan aku Aku dapat citer nie dari kawan aku... cam nie citer dia... Aku ada cerita ni... lawak la juga.. tapi jangan ketawa tau...

Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah.. Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.

Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya.

Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PRROOTTT!!... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit..

Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'.

Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong...ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!."



p/s: ntah knapa tetiba nak post citer lawak...ak pun x tau....hope enjoy la, baca nie...

Kisah Orang Gila Main Bola....

Seramai 26 orang gila dari Malaysia telah dibawa ke Amerika untuk berjumpa dengan d0ktor pakar.. Mereka semua telah dibawa dgan sebuah kapal terbang yg besar... Nak dijadikan cerita,sewaktu dalam perjalanan,mereka teramatlah bising nye,kecoh bt0l,bese la..

Kalau da same2 gila,ada je mende bodoh dorg wat. So,kbisingan dorang ni tlah mbuatkan captain pilot marah.. Lalu,cptain pilot ni telah menyuruh co pilot untk mlihat apa yg brlaku di belakang. Apabila saja co pilot melihat apa yg brlaku,trkejut beruk la co pilot bila melihat orang2 gila tsebut sdang brmain bola sepak di belakang...MU vs Chealsea kata org gila 2... Co pilot 2 apa lg ,marah la.

Hoii gila!tak boleh main bola dalam kapal terbang!! 

Stelah dimarahi,terdiam la semuanya.terkesima... Namun,selang bberapa minit kmudian,cptain brasa curiga kerana suasana begitu tenang d belakang..senyap jek.. Lalu cptain pilot menyuruh lg co pilot melihat apa yg blaku di belakang. Stelah diperiksa,terkejut beruk lg la co pilot bila mlihat hanya tgal 4 orang gila saja..co pilot hairan lalu brtanya.

Copilot: oi gile,apa da jadi?mana kawan2 seangkatanmu yg lain??
Gila : daa encik pilot x kasik kamik main bola dalam kpal trbang,dorang main la kt luar..ape da gila jugak encik ni.hahah
Copilot : erk,aku pulak gila?habis,apa kamu 4 orang ni buat dalam ni??nape x ikot kawan kamu main kt luar?
Gila: Encik ni gila ke?kan kami ni pemain simpanan.....

Saturday, 12 March 2011

Mathematik Dalam Solat


Berapa lamakah kita solat dalam sehari semalam? Jika setiap rakaat kita anggarkan dua minit, maka dalam sehari-semalam jumlahnya ada 34 minit.
Maksudnya?
Dalam sehari hanya kita menggunakan sebanyak 2.4 % dari 1440 minit (60*24). Dalam seminggu, bererti ada 238 minit atau 3.96 jam. Dalam sebulan, lama kita bersolat sebanyak 952 minit atau 15.86 jam. Dan setahun, ada 11,424 minit atau 190.4 jam, yang sama dengan 7.93 hari.

Jika rata-rata usia hidup manusia selama 60 tahun, dan dikurangkan dengan 10 tahun masa awal akil baligh (dewasa), maka hanya 50 tahun seseorang melaksanakan solat dalam hidupnya. Itu bermakna, sepanjang hidupnya kita melaksanakan solat fardlu selama 571,200 minit atau lebih kuranf 9.520 jam, atau 396.7 hari (1.1 tahun).
Bayangkan, selama hidup, kita hanya meruangkan masauntuk solat fardhu selama 1.1 tahun, atau dalam satu tahun hanya 7.93 hari, atau dalam satu hari hanya 34 minit. Dari sini terlihat betapa jauhnya perbandingan ketaatan kita kepada Allah SWT dengan nikmat yang diberikan-Nya kepada kita dengan nikmat usia.
Maka sangat malang, apabila ada orang yang tidak melaksanakan solat kerana alasan tidak ada masa,tak sempat atau sibuk. Padahal, jika kita jujur terhadap diri sendiri, kita boleh lama-lama berbual di telefon, di depan komputer, jalan-jalan, menonton TV,melepak dan lain-lainnya.
Ingatlah, Abu Zubair menceritakan bahawa dia mendengar Jabir bin Abdullah berkata,
”Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Antara seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran itu terdapat perbuatan meninggalkan solat’.” (HR Muslim).
Oleh kerana itu, jangan pernah merasa puas dan berbangga diri dengan ibadah yang telah kita laksanakan. Sebab boleh jadi ibadah kita, terutama solat, tidak akan bermakna apa-apa apabila amalan itu kita kerjakan dengan tidak ikhlas. Apalagi berharap surga. Allah menyindir orang yang demikian dengan pendusta agama. (QS Al-Maun [107]: 1-7).
Jadi, jangan hanya berangan masuk syurga dengan selembar tiket solat fardhu.
Silakan menjaring rahmat Allah dengan membuat banyak amal soleh. Berinfak,solat sunat,membaca Al-Quran, zakat, puasa, haji, berbaik dengan jiran,menyambung silaturahim, mengurus keluarga, belajar, menderma anak yatim, tidak membuang sampah sembarangan, bahkan hanya tersenyum kepada kawan pun termasuk amal soleh. Wallahualam.
Lagu nie best jugak ye...lirik pun ak je...

Friday, 11 March 2011

JANGAN TUNJUK PEACE...

Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Sya
itan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menterbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud :Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).


i


Lawak Seram...


Kawan aku nama dia Ahmad.. dia nie kerja kilang ikut shif.. dia nie shif petang so balik tengah malam la.Satu malam tu dia lalu la kat jalan nak ghi airport kat Ipoh nie.. then sampai kat satu masjid.. depan masjid nie ada tempat sampah.. ala tempat sampah busuk gile.. tapi malam tu tempat tu jadi wangi..then ada sorang pompuan pakai baju serba putih tahan dia. Kata nya nak tumpang sampai kat hujung kampung. So yang kawan aku nie bagi la tumpang. So pompuan nie pun naik la.. dia punya wangi punya la semacam aje..Then kawan aku nie dah naik seram sejuk.. so sampai la kat satu jalan yang berbukit so dia nie press la minyak moto dia coz nak cepat dan dah rasa semacam bawak pompuan nie.. lepas aje kawasan bukit tu.. dia rasa ringan aje moto dia.. so dia paling la muka dia kat belakang.. tengok-tengok pompuan tu dah hilang..tapi masih wangi.. dia nie apa lagi terus pecut moto balik ghumah.. terus masuk selimut tidoq bawah katil. 

So esok tu dia ghi keja lagi.. balik ikut jalan yang sama jugak. Sampai kat tempat semalam, pompuan semalam ada lagi kat situ. Then dia nie dah naik bulu roma terus pecut moto.. tapi moto dia macam tak nak jalan bila betul-betul depan pompuan tu.. apa nak buat dah terstop kat situ.. pompuan tu celapak naik (tumpang la tu) moto si Ahmad nie.. so dalam keadaan seram sejuk Ahmad nie terus aje.. bawak moto tanpa tengok belakang sambil baca ayat apa yang patut.. sampai tempat berbukit kelmarin.. pompuan yang tumpang tu tepuk bahu si Ahmad nie so si Ahmad nie tak nak paling belakang jugak.. pompuan nie tepuk lagi bahu dia.. so bila dah dua tiga lagi tepuk dia pun paling la.. si pompuan tu masih kat belakang moto dia.. then pompuan tu cakap kat Ahmad cam nie "Abang, jangan bawak laju sangat, semalam adik jatuh tergolek kat sini"



p/s: diambil dari isuhangat.blogspot.com
mungkin pelik sikit sebab post yang lain-lain lebih kepada agama...Tapi kekadang kenalah lawak sikit hidup nie, be happy....^_^

SIAPAKAH QARIN?




Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Cara-cara Berpakaian Untuk Muslimah Sejati.......


Sebagai wanita Islam, Kita wajib menutup aurat.......Pada zaman sekarang, ramai perempuan Islam yang tidak seperti wanita Islam. Mereka lebih suka menunjukkan mahkota mereka yang sepatutnya hanya boleh ditunjukkan kepada keluarga....Ingatlah balasan pada hari akhirat kelak! Semua manusia akan mati... Sepanjang saya hidup di muka bumi Tuhan ini, tidak pernah saya mendengar dari seseorang yang cukup akalnya bahawa dia nak masuk neraka..Tiada 1 org manusia pun yang inginkan neraka...
MENGAPA ALLAH SEBUT MATI DAHULU SEBELUM HIDUP?
 

Dalam Al-Quran Allah berfirman:
Maksudnya:
"Tuhan yang menjadikan mati dan hidup supaya menguji manusia siapa di kalangan mereka itu yang baik amalannya." (Mulk: 2)

Di sini ada dua perkara yang akan dihuraikan:
1.Tuhan jadikan mati dan hidup
2.Tuhan jadikan manusia di dunia untuk diuji, siapakah yang baik amalannya.

Kalaulah kita yang sebut ayat ini, bukan Tuhan yang menyebutnya tentu kita berfikir secara lojik akal, kita akan sebut hidup dahulu baru mati. Memang kenyataannya kita hidup dahulu baru mati. Tapi Tuhan sebut mati dahulu baru sebut hidup. Tuhan tidak sebarangan menyebutnya, walau pun satu huruf ada maksud dan hikmah, ada nilai yang besar di sisi Tuhan. Secara lojik akal tentu kita berfikir, tidak kisahlah yang mana dahulu, hidup atau mati. Menurut lojik akal, kita tidak kira yang mana dahulu tapi Tuhan tidak begitu. Satu huruf pun yang Tuhan sebut ada maksud, tidak secara suka-suka.

Mengapakah Tuhan menyebut mati dahulu dan tidak memilih hidup dahulu baru mati. Ini menunjukkan Tuhan hendak tarik perhatian manusia supaya kita memandang besar perkara mati, lebih daripada soal hidup. Mengapa? Sebab hidup di dunia hanya sementara. Hidup di Akhirat selama-lamanya kekal abadi. Hidup di dunia, sudahlah tidak lama, masa yang ada pun hanya sekejap sangat.

Cuba kita analisa tempoh hidup kita di dunia. Kita tidak usah fikirlah masa dalam kandungan, bayi, kanak-kanak dan sebelum baligh, itu tidak ada erti apa-apa. Kehidupan seorang manusia itu sejak lahir sahaja hingga menjelang baligh, tidak ada erti apa-apa. Sebab masa itu manusia tidak ada kebebasan, hidupnya betul-betul bergantung pada ibu dan ayahnya. Sebahagian masa kita sedar, sebahagiannya tidak. Sejak waktu bayi sampai usia lima tahun kita tidak sedar. Dari lima tahun hingga baligh baru sedar, itupun tidak indah, keadaannya terkongkong oleh ibu dan ayah. Masa yang kita hendak ambil kira ialah sejak mula baligh, secara puratanya umur 12 tahun.

Kita akan kira dari umur kita 12 tahun. Paling lama berapa tahun manusia hidup? Katalah hidupnya 100 tahun. Jadi hidup prime time kita kira 100 kurang 12 tahun, iaitu 88 tahun. Tapi katalah dari umur 80 hingga 100 tahun sudah nyanyuk, jadi 20 tahun itu sudah tidak di kira. Kita tolak lagi 88 dengan 20, jadi tinggal 68 tahun sahaja. Hidup selama 68 tahun itu pun jarang dapat, mungkin dalam 1000 orang, seorang sahaja. Tapi pada umumnya, panjang masa manusia dapat hidup adalah sekitar 40 hingga 50 tahun sahaja masa primanya, setelah itu mati. Jadi kita hendak bahaskan masa yang 50 tahun

Di sini Tuhan hendak mengambil perhatian kita supaya besarkan Akhirat. Walaupun kita hidup istimewa, sejak lahir sahaja sudah berada dalam kekayaan, 50 tahun hidup dalam kekayaan. Nampak hebatlah, rumah besar, makan besar, pangkat besar dan di besar-besarkan orang sampai ke mati. Kalau dalam masa 50 tahun ini, kita tidak ikut disiplin Tuhan, dalam masa itu diuji oleh Tuhan 50 tahun hidup istimewa, lepas itu kena hidup dalam Neraka selama-lamanya. Bila kita gagal berhadapan dengan ujian Tuhan walaupun hidup istimewa, tapi kita akan berhadapan dengan 4 penderitaan.

1. Penderitaan sewaktu mati
Mati ini kita tidak boleh ukur pada pandangan lahir semata-mata. Kalau di ukur secara lahir, kadang-kala orang berkata, "Si Polan itu nampaknya senang matinya, bagus matinya, nampak elok sahaja, mudah sahaja," itu kata kita yang menilai lahirnya sahaja sedangkan di waktu itu dia sudah berada di alam lain, bukan di alam kita. Kita tidak boleh mengukur alam syahadah dengan alam lain. Penderitaan yang dihadapi oleh orang yang hendak mati bukan kita tahu.

Rasulullah SAW pernah berkata bahawa orang yang mati dalam penderitaan itu ada tanda-tandanya, di antaranya ialah:
- mata terbeliak
- telinga kembang
- berbunyi macam kerbau berdengkur

Itulah di antara ciri-ciri orang yang mati di dalam azab. Jadi orang yang gagal ujian Tuhan walau dia kaya sekalipun, hidup senang, dilayan istimewa, tidak pernah susah hanya sekitar 50 tahun, tapi selepas itu tetap tidak akan terlepas daripada penderitaan mati. Itu nisbah seorang yang kaya raya, kita tidak cakap tentang orang biasa, yang kadangkala susah, kadangkala senang hidupnya. Ini kita cakap tentang orang yang 50 tahun hidup dengan penuh istimewa sungguh, dunianya syurga, tidak pernah sakit, tidak pernah susah tidak pernah orang kata, tidak pernah orang hasad dengki. Tapi bila gagal menjalani ujian Tuhan, selepas itu yang pertama dihadapi adalah penderitaan mati.

Hadis juga ada menceritakan sakit mati itu bagaikan 300 tetakan pedang. Bayangkan kalau sekali orang sembelih kita, walaupun kita tidak pernah alami, tentu terasa sakitnya, sedangkan sakit mati itu ialah 300 kali ganda. Walaupun nampak macam sekejap sahaja hilang nyawa tapi sebenarnya macam dapat 300 tetakan.

2. Penderitaan di alam kubur
Sewaktu di tanam, Hadis mengatakan, apabila orang yang mengiringi jenazah sudah balik, setelah tujuh langkah bermulalah penderitaan kubur. Pertama kejahatan kita itu dilembagakan. Kerana busuknya kalaulah tercium, orang di dunia boleh mati, bahkan akan mati makhluk seluruh dunia. Kemudian orang yang mati itu akan bertanya, "Kau siapa?" Lembaga itu akan menjawab, "Aku ini kejahatan engkau." Lepas itu barulah malaikat datang, bertanya pula, bila tidak dapat jawab, disebat hingga terperosok ke dalam tanah 70 hasta, setiap kali ditanya dan tidak boleh jawab malaikat akan sebat dan terperosok lagi sampailah kiamat, apakah mampu menanggung azab itu?

3. Penderitaan Padang Mahsyar
Antara penderitaan Padang Mahsyar, bagi orang jahat, matahari berada di atas ubun-ubun. Kerana banyaknya manusia di Padang Mahsyar, dalam Quran diceritakan betis-betis bertindih macam rokok dalam kotaknya, rapat, padat, ketat. Tuhan biarkan beratus tahun dalam keadaan begitu hingga peluh keluar dan manusia tenggelam dalam peluhnya. Sanggupkah?

4. Penderitaan Neraka
Penderitaan paling dahsyat adalah Neraka. Manusia nanti kena meniti Siratal Mustaqim. Orang yang jahat akan jatuh ke Neraka. Penderitaan Neraka di antaranya; kaki dengan tangan diikat, dicantum pada tengkok dan dibelenggu. Api membakar, menyala, panasnya 90 kali ganda api yang ada di dunia. Api yang paling kuat di dunia dianggap satu, di Neraka ditambah power 90 kali ganda lagi panas, apakah larat? Disebat setiap hari oleh malaikat, bila lapar diberi makan zakum, iaitu bara api Neraka. Apakah larat? Bagi orang kafir, kekal selamanya dalam Neraka, bagi orang Islam yang buat dosa, tidak kekal, tapi mungkin sejuta tahun, 3000 tahun, seribu tahun. Apakah larat?

Jadi orang yang waktu hidup di dunia tidak ikut disiplin Tuhan kemudian dia tidak tahan diuji Tuhan, maka ada empat penderitaan tadi yang akan ditempuh. Oleh itu kalaulah orang tahu hakikat ini, maka kerana Tuhan, susah di dunia pun tidak mengapa. Kesusahan 50 tahun di dunia tidak sama dengan susah yang empat jenis tadi itu. Di dunia ujian paling susah mungkin kena langgar kereta dan mati, jatuh ke laut, mati lemas, sakit kuat lalu mati. Tapi tidaklah tersiksa sangat berbanding dengan kesusahan di Akhirat nanti. Sebab itulah tidak pelik mengapa Tuhan sebut tentang Akhirat dahulu baru dunia.

Cuba kita lihat realiti yang berlaku hari ini, bila disebut antara dunia dan Akhirat, manusia lebih cenderung untuk memikirkan tentang yang dekat iaitu dunia berbanding Akhirat yang jauh. Lebih mengambil berat tentang dunia berbanding Akhirat. Ertinya kalau nisbah dunia dan Akhirat kita fikir yang dekat iaitu dunia. Tapi kalau di antara dunia dengan dunia kita tidak fikir yang dekat, kita fikir jauh. Di dunia seseorang itu akan fikir untuk masa depannya, sanggup belajar jauh di luar negara, jual tanah, jual aset, dan berfikir biar susah dahulu asalkan senang kemudian.

Nisbah kehidupan di dunia, manusia cenderung untuk fikir yang jauh, tidak fikir yang dekat, tapi nisbah Akhirat dia tidak fikir yang jauh, padahal itu lagi berat. Akhirat lagi utama kerana ia kekal selama-lamanya. Untuk masa depan di dunia orang sanggup susah payah belajar, ambil PhD di Amerika, pinjam duit merata-rata, tapi tidak mengapa susah dahulu, nanti senang kemudian. Pandai pula berfikir susah dahulu senang kemudian. Mengapa tidak buat untuk Akhirat begitu?

Penderitaan dunia dan Akhirat itu jauh bezanya. Nisbah penderitaan dunia dengan Akhirat, susah di dunia ini macam digigit nyamuk, manakala di Akhirat macam dibaham singa. Walaupun sebenarnya kadarnya bukan sebegitu tapi itu sahaja yang boleh kita cuba bandingkan. Yang kita takut sangat nyamuk gigit sampai sanggup ambil risiko dibaham singa mengapa? Sebenarnya bandingannya entah berapa ribu kali ganda.

Nikmat dunia ini apalah sangat? Nisbah makan, apa yang paling sedap? Katalah durian. Lepas makan durian ke mana? Tak ke istana tapi ke tandas. Tapi nisbah makanan di Akhirat, katalah kita makan epal, kita gigit kali pertama, lain rasanya, gigit lagi kali ke dua sudah lain pula rasa, bertambah sedap, bertambah sedap lagi, sudahlah bertambah sedap, tidak sakit perut, tidak ke tandas selepas itu. Tapi orang tidak nampak itu semua, orang nampak durian di dunia, tidak nampak durian di Akhirat. Katalah ada 100 jenis buah, dalam sekelip mata boleh makan 100 jenis itu. Tidak sakit perut, tidak ke tandas! Betapa indahnya Akhirat!

Di Syurga, orang yang paling lemah iman dapat 50 bandar, bukan bandar macam Kuala Lumpur atau New York, tapi tidak dapat digambarkan keindahannya. Kalau di dunia, katalah orang hadiah kita 50 bandar macam Kuala Lumpur, itu malah menyusahkan. Yang kedua, bolehkah lawat semua? Hari ini secara detail kita tidak boleh melawat semua. Tidak mampu. Kalau mampu pun tentu letih, jemu, fed-up, apa indahnya lagi? Sedangkan di Akhirat, teringat sahaja sesuatu, tidak sampai seminit semua dapat lihat. Yang imannya lebih tinggi lagi banyak dapat bandar. Bila mahu melawat dalam sekelip mata boleh lawat semua. Ingat sahaja, katalah kita ingat sesuatu di New York, niat sahaja sudah sampai. Teringat sesuatu di Kuala Lumpur, niat sahaja sudah sampai. Katalah hendak lawat dengan kapal terbang, kapal terbang tidak jatuh. Kalau kita minta dijatuhkan sedap pula dijatuhkannya. Tak takut.

Kalau isteri, ada seribu, 2000, 3000, di antaranya bidadari. Walaupun bidadari istimewa, isteri kita besok ketua isteri-isteri, kalau isteri kita masuk Syurga sama. Kalau tidak masuk Syurga sama, habislah. Jadi ketua isteri itu isteri kita yang solehah. Di Syurga kehidupannya tidak pernah bergaduh, berkasih sayang sepanjang masa. Teringat gaduh pun tak. Tenggelam dalam nikmat dan tidak jemu.

Di Akhirat penderitaannya dahsyat, nikmatnya pun dahsyat, sebab itu Tuhan sebut mati dahulu. Sebab is besar, sedangkan dunia kecil tidak ada harga. Sebab itu di sisi Tuhan dunia ini kalau ada nilai setakat sebelah sayap nyamuk, dan orang jahat tidak akan dapat apa-apa.

Kerana dunia ini tiada nilai di sisi Tuhan, maka orang jahat diberi banyak, siapa paling jahat dapat lebih banyak, yang baik-baik, makin tidak dapat. Macam Rasul-rasul, Tuhan tidak bagi kekasih-Nya perkara yang tidak ada nilai. Dunia ini untuk orang jahat, sila ambil. Untuk para kekasih Tuhan, Tuhan berkata: "Engkau kekasih-Ku, Aku hendak simpan di Syurga."

Setelah kita buat perbandingan dunia Akhirat, munasabahlah Tuhan sebut mati dahulu sebelum Akhirat supaya kita bagi tumpuan pada Akhirat daripada dunia. 

Roh Jihad Seorang Srikandi



  Hujan turun renyai-renyai. Namun langkah Safiyyah makin laju menuju ke blok Ibnu Khaldun. Sesekali matanya memandang jam di tangan. Masa hanya tinggal lagi 5 minit. Mesyuarat akan bermula sebentar lagi. Peluh mula membasahi dahi sekalipun keadaan di sekeliling dingin dengan hujan yang turun. Dia gusar kali ini dia akan dimarahi. Sekalipun ini baru pertama kali dia melakukan perkara sedemikin, dia masih gentar kerana selaku Timbalan Presiden sudah pasti dia perlu datang awal daripada anak-anak buahnya. Apa yang merungsingkannya lagi hari ini adalah mesyuarat bersama pimpinan ikhwah.

Dia sampai ke muka pintu Dewan Seroja tepat pukul 3.00p petang. Dengan segala kekuatan yang ada, dia buka pintu dewan. Semua mata tertumpu kepadanya. Dia terkaku untuk seketika. Dewan sudah dipenuhi oleh barisan pimpinan. Matanya liar memerhati barisan akhawat, ada satu kerusi kosong di bahagian hadapan, sudah pasti kerusi itu untuknya. Majlis masih belum bermula. Jadi, dengan lagak selambanya dan dengan muka yang bersahaja dia berjalan menuju ke tempat duduknya. Belum sahaja sempat dia melangkah….

“ Ustazah Safiyyah…boleh ana tahu kenapa ustazah lambat?” tiba-tiba ada suatu suara kedengaran di celah-celah orang ramai. Dewan sunyi sepi. Dia mengangkat muka yang sebentar tadi ditundukkan. Sudah dijangka, Presiden itu pasti akan menegurnya. Memang itulah kebiasaannya sekalipun dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Arr….ana ada kerja sebentar tadi… tapi….ana rasa…” belum sempat Safiyyah dia meneruskan kata-kata….

“Oh..nampaknya timbalan ana ni ada hal yang lebih penting lagi selain program kita pada petang ini ya? Ana sudah muak untuk menerima alasan dari barisan anak buah ana. Ini yang ana tak suka buat kerja dengan akhawat, ada sahaja alasannya.

Aku mengetap bibir. Inilah perangai Ehsan yang amat aku tidak suka. Acap kali bila ingin menegur kesalahan anak buah, mesti sahaja dikaitkan dengan akhawat. Itu tak kena, ini tak kena. Semuanya akhawat yang salah. Nampak sangat kerjasama dengan akhawat 0%.

Aku buat endah tak endah dengan kata-katanya. Memang aku punya alasan yang kukuh. Cuma dia sahaja yang tidak beri kesempatan kepadaku untuk meneruskan kata-kata. Tidak adil langsung. Aku duduk di tempat yang disediakan. Aku tahu ada sepasang mata yang masih memandanglu. Namun, aku buat biasa sahaja. Salah satu perangai aku, aku takkan pandang mata lelaki apabila bercakap. Tidak ada rasa untuk memandang sekalipun aku tahu sudah berkali-kali aku ditegur kerana bercakap tanpa memandang mata. Tapi itu prinsip aku.

5 minit kemudian majlis bermula. Saudara Rafiq menjadi pengerusi majlis. Majlis dimulakan dengan bacaan doa kemudiannya kami bersama-sama menyanyikan lagu Gelombang Keadilan yang merupakan lagu tema Persatuan Dakwah ini. Majlis kemudiannya diserahkan kepada Ehsan selaku Presiden untuk membentangkan gerak kerja program XPDC Dakwah yang bakal diadakan pada minggu hadapan.

Bismillahirahhamnirrahim…. Terima kasih diucapkan kepada Saudara Rafiq selaku Pengerusi Majlis kita pada hari ini. Yang dihormati barisan kepimpinan dan juga rakan jihad yang amat ana kasihi sekalian. Alhamdulillah syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih lagi diberi kesempatan untuk duduk bersama dalam sebuah majlis dakwah untuk kita sama-sama mendengar apa yang telah diamanahkan oleh barisan kepimpinan atasan kepada kita. Jadi, ana harap apa yang akan cakapkan ini dapat diterima umum kerana ini bukan ketetapan ana tetapi ketetapan pihak koordinator perlaksana. Sekalipun ana Presiden, ana tetap harus wala' dengan apa yang pimpinan atasan tetapkan. Ana harap anak-anak buah ana juga turut begitu.

Rakan jihad yang amat ana kagumi sekalian,

Sepertimana yang kita tahu, kita akan menghadiri satu program yakni XPDC Dakwah yang akan diadakan di Hutan Lipur Bukit Hijau di Kedah. Program ini khas buat barisan jundi sekalian untuk kita sama-sama ditarbiyah dan digilap menjadi seorang jundi yang cintakan syahid. Jadi, untuk pengetahuan semua, program ini agak mencabar dan sudah pasti memerlukan persediaan mental dan fizikal yang mantap. Justeru itu, ana tidak mahu ada insan-insan yang lemah di dalam program ini kerana ia mungkin akan melunturkan semangat sahabat-sahabat lain yang gigih berprogram.

Taklif untuk program ini juga mencabar. Diharap semuanya dapat menghabiskan taklif ini sebelum program bermula. Ana difahamkan, jika ada di antara kita yang tidak dapat menghabiskan taklif, maka bukan dia seorang yang akan dikenakan hukuman, malahan kita semua akan menerima padahnya. Taklif program ialah hafal surah as-soff, al-hujurat, zikir 7 500x setiap satu, solat sunat setiap hari, baca al quran satu muka surat setiap hari dan puasa sunat hari program bermula.

Peralatan-peralatan yang harus dibawa ialah seluar track suit 2 termasuk yang dipakai, t-shirt 2 helai termasuk yang dipakai, tasbih, serban, al-quran, kasut sukan, mathurat. Semua barang ini harus diisi dalam sebuah beg galas. Jika ada sesiapa yang membawa lebih daripada apa yang ana nyatakan ini, akan hanya tinggal sehelai sepinggang sahaja di akhir program kerana barang-barangnya akan dirampas.

Di sini ada satu berita yang agak mengejutkan dan hakikatnya ana senang dengan keputusan ini. Keputusan ini adalah muktamad dan tidak boleh di bawa berbincang lagi. Ingat, program ini bukan perancangan ana, tetapi perancangan kepimpinan yang terdahulu. Semalam, ana dipanggil oleh barisan pimpinan dan selama 5 jam kami berbincang, kami sudah membuat keputusan bahawasanya kami tidak akan membenarkan akhawat mengikuti program ini. Ana juga merasakan tidak perlu barisan akhawat mengikuti program kali ini. Ana diberitahu bahawa program ini benar-benar mencabar dan mungkin akan ada akhawat yang tidak mampu meneruskan program. Jadi, ana tidak mahu kelemahan akhawat itu mengganggu barisan kepimpinan yang lain kerana sepenuh perhatian harus diberikan dalam program ini supaya visi dan misi program ini tercapai. Barisan ikhwah tidak mahu bertangggungjawab kerana kami ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap program. Harap maklum. Wassalam....

Dewan tiba-tiba menjadi gamat. Apa? Akhawat tidak dibenarkan ikut bersama. Tersirap darahku. Sungguh tidak adil. Alasan yang diberikan membuatkan aku benar-benar marah dan dia begitu bersahaja menyatakannya. Langsung tidak ada rasa simpati terhadap barisan akhawat yang begitu bersemangat ingin turun bersama. Aku memandang ke arah Ehsan. Dia membalas pandanganku dan hanya menggangguk tanda keputusan itu adalah muktamad. Aku mengetap bibir tanda tidak puas hati dengan apa yang berlaku. Beberapa orang akhawat sudah menunjukkan reaksi tidak puas hati. Aku hanya mampu menyabarkan mereka sedangkan diri aku lagi parah lukanya menerima keputusan ini.

Saudara Rafiq bangun untuk meredakan majlis. Dewan masih lagi gamat. Dia terhenti bercakap untuk seketika. Dia menuju ke arah Ehsan. Setelah beberapa ketika dia kembali bercakap dan kemudiannya kedengaran namaku dipanggil. Aku diminta untuk berucap. Apa yang hendak aku katakan? Aku memandang ke arah barisan kepimpinan akhawat. Mereka menggangguk tanda memberi sokongan kepadaku, malahan ada juga usapan lembut di belakangku. Aku tunduk untuk seketika dan menarik nafas sedalam yang mampu. Aku bangun dengan perlahan-lahan. Dewan menjadi sepi untuk seketika. Aku rasakan aku mencuri tumpuan semua orang.

Bismillahirrahmanirrahim…. Terima kasih ana ucapkan buat saudara pengerusi majlis, Yang Dihormati barisan kepimpinan sahabat juang yang amat ana kagumi sekalian. Semoga semangat juang para sahabat dalam menegakkan Islam mengalir ke dalam jasad kita. Ingat, kita berjuang kerana Allah, maka setiap derap langkah kita haruslah ikhlas semata-mata kerana Allah.

Tiada apa yang ingin ana bicarakan. Kelu lidah ini untuk berkata-kata. Keputusan tadi benar-benar membuatkan darah ana tersirap. Terasa tidak adil apabila barisan akhawat diperkecilkan begitu sahaja. Jadi, ana tidak kisah. Ikutlah… andai itu yang terbaik, ana terima. Cuma satu yang akan ana katakan, janganlah kita memandang rendah terhadap akhawat yang ingin berjuang. Kita tidak tahu apa yang ada di dalam setiap hati manusia. Barangkali dia lebih ikhlas berjuang daripada kita.

Barisan akhawat yang amat ana sayangi sekalian,

Usah kalian risau. Perjuangan kita masih panjang. Tidak semestinya apabila kita tidak menempatkan diri di dalam program ini, semangat juang kita akan terhenti begitu sahaja. Ingat, kita bukan berjuang kerana adanya barisan ikhwah, tapi kita berjuang kerana Allah ada bersama. Setiap derap langkah kita bukan untuk kepimpinan ikhwah yang gah dipandang, yang hebat dicanang, tetapi…derap langkah kita untuk gapai redha-Nya semata, biar tidak gah di dunia, tetapi kita gah di akhirat sana.

Buat barisan kepimpinan ikhwah,

Selamat berprogram dan selamat berjuang. Moga-moga tanpa kehadiran akhawat yang begitu melecehkan, kalian dapat berjuang dengan hati yang berbunga jihad. Tumpukan sepenuh perhatian terhadap program. Bak kata presiden kita, agar visi dan misi terlaksana. Apa-apa pun, jika ikhwah merasakan tidak perlunya akhawat lagi, teruskanlah perjuangan kalian tanpa ada barisan akhawat yang akan membantu gerak kerja sekalian. Salam jihad dari ana… wassalam….

Usai aku berucap, aku terus meminta izin untuk keluar. Aku keluar dari dewan tanpa menghiraukan sesiapun. Aku tahu, nama aku dipanggil berkali-kali. Namun aku biarkan sahaja. Aku hayun langkah ini menuju ke masjid. Sedih hati ini bukan kepalang. Sudah berkali-kali Ehsan membuat perangai begini. Akhawat diperlecehkan. Kami dikatakan tidak ada semangat jihad. Kami dikatakan akhawat yang hanya mengundang fitnah kepada ikhwah. Aduh…sakitnya hati ini. Bukankah ikhwah sepatutnya menyelamatkan akhawatnya? Membantu dari belakang…. Argh…biarkan sahaja dia dengan dunia dia…

********

Setahun telah berlalu. Ehsan Fahmi kini bergelar seorang peguam syariah termuda di negeri kelahirannya, Kelantan. Safiyyah membawa diri entah ke mana. Tiada siapa yang tahu ke mana dia menghilang. Ehsan ada juga cuba-cuba mencari ke mana mutiara dakwah itu menghilang. Selepas peristiwa di dewan itu, Safiyyah sudah lesap dari pandangan. Sebenarnya program XPDC Dakwah itu adalah program terakhir mereka di universiti kerana masing-masing sudah di semester akhir dan akan keluar tidak lama lagi. Rasa bersalah menerpa ke dalam diri Ehsan kerana sebagai Presiden dia langsung tidak mengambil kisah hal akhawat hinggakan dia sanggup tidak membenarkan barisan akhawat ikut serta dalam program XPDC Dakwah itu.

Sejak peristiwa itu, dia terkesan dengan kata-kata Safiyyah, dia sedar Safiyyah begitu marah kepadanya, mana tidaknya, Safiyyah adalah timbalannya, namun seringkali dia memperlekehkan barisan akhawat. Dia ada perancangan ingin berjumpa Safiyyah setelas peristiwa itu. Namun, Safiyyah seakan-akan ingin melarikan diri daripanya. Hari terakhir dia melihat kelibat gadis itu hanya pada hari konvokesyen mereka. Setelah itu…Safiyyah menghilang tanpa khabar berita. Dia kecewa kerana tidak dapat berjumpa dengan Safiyyah untuk kali terakhir. Sebenarnya ada benda yang ingin dia utarakan…

Hari ini merupakan reunion barisan kepimpinan tahun 2008~2010. Ehsan begitu semangat ingin turut serta. Dia tidak sabar untuk bertemu dengan seseorang. Tidak lain tidak bukan, mutiara dakwah yang telah membuatkan hidupnya resah, Safiyyah. Dia rasa bersalah yang teramat sangat dengan apa yang telah dia lakukan. Dia berazam, hari ini dia akan luahkan apa yang tersurat di dalam hatinya selama ini.

Ehsan sudah sampai ke Radix Chicken House. Tidak ramai barisan kepimpinan yang hadir. Dia tersenyum tatkala memandang sahabat-sahabatnya yang kini sudah berumah tangga. Baitul dakwah telah terbina. Rafiq melambai-lambai tangan ke arahnya. Ehsan segera menuju ke arah Rafiq. Mereka berpelukan dan bertanya khabar. Rafiq baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan Fatimah. Fatimah merupakan salah seorang daripada barisan kepimpinan akhawat. Tidak sangka pula mereka bertemu jodoh.

“Fiq…minta maaf la, ana tak pergi kenduri enta ritu. Ana ada kes la hari tu…”

“Oh…tak pa la, ana faham…orang hebat sekarang ni…” “Eh mana ada…hai, sejak bila pula melekat dengan si Fatimah ya? Ana tak tau pun….”

“Lama dah ana suka kat dia… dah sekian lama ana tanam impian nak miliki akhawat kita supaya senang nak berjuang bersama… cumanya kan enta dok provokasi kami supaya tak payah percaya kat akhawat ni. Ana kesian la pula. Tambah-tambah si Safiyyah tu…”

Ehsan hanya mampu tersenyum dan menggelengkan kepala mengenangkan sikapnya yang begitu menjengkelkan. Tidak ada rasa belas kasihan langsung terhadap barisan akhawat. Ehsan terpegun mendengar nama Safiyyah. Matanya liar mencari kelibat Safiyyah. Hampa. Tidak ada pun. Dia tak datang ka?

“Hai…nta cari sapa Ehsan? Safiyyah ya?” “Eh…mana ada…”

“Tu la…. Dulu ada depan mata, nta kata macam-macam. Tapi dalam hati bukan main lagi. Tak yah la nta cari dia. Dia dah tak da kat sini….”

“Ha…dia pergi mana Fiq?” “Eh…tadi nta kata tak teringat kat dia…” “Jawab la soalan ana ni dulu…”

“Nampaknya…Cik Ehsan kita ni ada hati dengan Safiyyah..” “Fiq….” “Ok… baik… Safiyyah dah pergi jauh dari sini…” “Dia pergi mana? Mana nta tahu ni…?” “Ana tahu la..zaujah ana kan kawan baik si Safiyyah tu. Selalu juga mereka berhubung melalui email..” “Oh…ya la…ana lupa Fatimah ngan Safiyyah tu sahabat baik… Fiq, dia pergi mana ya?” “Hm…lepas peristiwa kat dewan ritu, Safiyyah benar-benar berjauh hati. Dia rasakan semangat jihadnya dipermainkan. Dia rasakan dia dipandang hina… lantas dia mengambil keputusan untuk buktikan bahawa dia begitu mencintai syahid. Selepas tamat kuliah perubatan, dia terus mohon untuk jadi doktor di Palestin dengan harapan dia akan gugur syahid di sana. Ehsan…nta benar-benar mencabar semangat jihad seorang gadis yang bernama Safiyyah…!”

Ehsan tergamam. Ya Allah, berdosanya dia kerana telah menghampakan harapan seorang mujahidah yang benar-benar cintakan syahid. Hinanya aku ini Ya Allah. Aku hebat bercakap mengenai jihad, akhirnya aku berjihad hanya di sebalik sebuah bangunan mahkamah. Tidak ke mana-mana roh jihadku itu. Setelah agak lama aku bersembang dengan Rafiq, dia hulurkan alamat email Safiyyah itupun setelah berjaya memujuk Fatimah supaya membenarkan Ehsan menebus kesalahannya.

Ehsan serik. Dia akan pegang janjinya kepada Fatimah supaya tidak lagi memperlekehkan semangat jihad sahabatnya. Aku akan kotakan janji ku itu. Aku turut membawa satu harapan yang tulus suci. Aku ingin melamar Safiyyah menjadi sayap kiri perjuanganku.

Malam itu… setelah dia selesai menunaikan solat sunat hajat dia duduk menghadap laptop. Ehsan tekad. Malam ini akan dia luahkan segalanya pada Safiyyah. Dia yakin bahawa Safiyyah adalah gadis yang akan bersamanya menelusuri baitul dakwah ini. Tangannya rancak melarikan pena penuh pengharapan buat seorang gadis yang cintakan syahid…..

To : janjisyahid@yahoo.com
From : ehsan_fahmi@yahoo.com

Assalamualaikum….

Ukhtuki fil aqidah…

Salam buatmu Safiyyah, pejuang agama yang begitu syahid. Mungkin kehadiran email ini benar-benar mengejutkan nti. Masih ingat siapa ana? Ana rasa sudah pasti nti sudah lupakan ana. Ana Ehsan Fahmi, Presiden nti dulu. Ingat? Apa khabar mujahidah dakwah ini? Menghilang tanpa khabar berita membuatkan ana hairan dan pelik. Ke mana perginya Safiyyah?

Ana dapat email nti dari Fatimah. Pertamanya…Safiyyah, maafkan ana kerana ana telah memperlekehkan semangat jihad nti. Ana hanya memandang luaran seorang wanita yang ana rasakan begitu lemah dan hanya menyusahkan barisan ikhwah untuk menjaga kalian. Ana silap…rupa-rupanya di sebalik kelembutan seorang wanita yang bernama Safiyyah, ada semangat jihad yang mengalir di setiap detik nafasnya.

Jujur ana katakan, kelu lidah ini tatkala mendengar berita bahawa nti sedang berjuang di Palestina. Allah..hinanya ana kerana suatu ketika dahulu analah yang paling hebat berbicara. Ana rasakan ana begitu hebat. Namun kini, ana hanya mampu menegakkan keadilan bagi insan-insan yang berkunjung ke mahkamah. Hanya itu yang mampu ana jihadkan. Sikitnya pahala jihad ini berbanding dengan nti….

Untuk pengetahun nti, setelah peristiwa di dewan tempoh hari, ana benar-benar rasa bersalah yang teramat sangat…. Ana cuba untuk mencari nti. Tapi ana rasakan nti cuba melarikan diri daripada ana. Reunion tempoh hari, ana berkobar-kobar untuk pergi kerna ana yakin nti akan turut hadir bersama. Malangnya nti tidak hadir… dari situlah ana ketahui ke mana nti menghilang…

Safiyyah, sebenarnya dari mula detik kita bekerjasama sebagai Presiden dan Timbalan Presiden, sudah terdetik di hati ini, menanam impian akan memiliki seorang insan yang bernama Safiyyah. Namun, ana cuba menepis gelodak perasaan ini dengan sengaja memperlekehkan nti. Sedangkan di dalam hati ini begitu menyukai peribadi nti. Maafkan ana kerana telah melukakan hati nti selama ini.

Di sini, ana membawa suatu harapan yang tulus suci. Setelah sekian lama ana pendam, hari ini ana tekad nyatakan. Malam ini, ana Ehsan Fahmi bin Muzakir ingin melamar Safiyyah Hanisa binti Ismail sebagai sayap kiri perjuangan ana, kiranya sudilah nti menerima ana yang tidak seberapa ini. Ana ingin kita bersama menelusuri baitul dakwah ini agar bisa kita melestari sebuah daulah jua khilafah islamiyyah…

Salam jihad dari ana…

Ehsan Fahmi
2 Januari 2011
10.45 pm

***********

Malam itu sungguh syahdu sekali. Hari ini sudah hampir 3 kali Safiyyah mengalirkan air mata. Mana tidaknya, seawal pagi tadi dia sudah menerima pesakit. Tragisnya keadaan pesakit itu. Seorang bayi yang perutnya berlubang dek peluru yahudi laknatullah. Bayi tersebut sudah tidak bernyawa lagi tatkala sampai kepadanya. Dia pangku bayi tersebut lantas dia mencium pipi mulus bayi tersebut. Sungguh wangi bau bayi ini. Adakah ini yang dinamakan haruman kasturi buat pejuang yang syahid? Air mata Safiyyah gugur jua.

Sepanjang berada di sini, hatinya begitu terpaut untuk terus di sini. Berjuang dan terus berjuang bersama anak-anak Palestina ini. Pernah sekali dia dibawa untuk melawat kem yang dipenuhi dengan kanak-kanak yang gigih berlatih memegang senjata. Air matanya gugur jua tatkala memandang kanak-kanak tersebut. Begitu mendalam semangat jihad mereka membela al-quds tercinta. Alangkah indahnya andai anak-anak bangsaku di Malaysia punya semangat begini.

Sudah lama dia meninggalkan Malaysia. Apa khabar Malaysia hari ini? Ingat lagi tatkala saat dia ingin meninggalkan Malaysia, ibunya memeluk erat. Tangisan ibunya begitu kuat sekali. Masakan hati seorang ibu tidak sedih membiarkan anaknya mencurah tenaga di bumi Palestina. Silap-silap nyawanya akan turut melayang. Namun, ibunya mengerti hati Safiyyah yang terlalu mencintai syahid. Ayahnya juga turut menitiskan air mata. Ayahnya sudah pasti sedih ingin melepaskan anak gadisnya berjuang di bumi yang penuh mehnah.

Safiyyah begitu keletihan hari ini. Dia melangkah longlai menuju ke katil. Baru sebentar tadi dia mendirikan solat Isyak penuh khusyuk dan tawadhuk. Sesekali kedengaran bunyi bom di sana sini. Itu sudah lumrah. Safiyyah sudah terbiasa dengan keadaan ini. Tidak ada lagi rasa gentar di hatinya kerana impiannya hanya satu, syahid fisabilillah. Safiyyah teringat akan ibunya. Dia mengambil laptop dengan niat ingin menghantar email buat ibu yang tercinta. Niatnya terbantut tatkala memandang satu email di inbox. Alamat email itu agak asing bagi dirinya. Dia membuka dan membacanya…..

Safiyyah terkejut. Dia membacanya berulang kali. Adakah ini mimpi? Kenapa baru sangat ini kau muncul Ehsan? Setelah sekian lama aku tunggu? Safiyyah tersandar di bahu katil. Ya Allah…ujian apakah ini. Setelah agak lama dia menenangkan diri. Dia bingkas bangun menuju ke jendela. Dia pandang ke sekeliling, memandang panorama Palestina tercinta. Akhirnya dia tersenyum..dia sudah ada jawapan. Lantas dia segera menuju ke katil, melarikan pena mencoretkan sesuatu….

To : ehsan_fahmi@yahoo.com

From : janjisyahid@yahoo.com

Salam ku utus buatmu rakan jihadku dari bumi Palestina tercinta. Jujur ana katakan, ana agak terkejut menerima email dari nta. Setelah agak lama kita tak bersua, kehadiran email membuatkan hati ana berbolak balik. Tika ini ana baru pulang dari hospital dan baru sahaja menghayati panorama malam bumi Palestina tercinta.

Ehsan Fahmi…setelah sekian lama, kini baru nta muncul. Lihatlah betapa egonya diri nta. Buat pengetahuanmu Ehsan, diri ini juga telah lama jatuh hati pada peribadimu. Ana kagum melihat semangat jihadmu. Ana senantiasa berdoa agar Allah kurniakan nta buat ana supaya dapat bersama-sama kita mengharungi perjalanan dakwah ini bersama. Namun, setelah peristiwa di dewan….hati ana begitu terguris dengan kata-kata nta. Aduh….adakah salah semangat jihad ana ini? Tak pa…ana abaikan…

Ana tidak mahu berjumpa dengan nta setelah peristiwa itu kerana ana rasa malu sangat. Ana rasakan ana tidak layak memiliki semangat jihad itu. Lantas tertanam satu keazaman dalam diri ana, ana akan buktikan cinta ana terhadap perjuangan Islam melebihi segala-galanya. Tika membaca kiriman email ini, ana ingin katakan “ YA..” ana ingin menjadi sayap kiri perjuangan nta.

Namun…ana bangun dan berfikir untuk seketika sebelum mengemukakan jawapan. Ana duduk di jendela, memandang bumi Palestina ini. Di kejauhan kedengaran bunyi letupan di sana sini. Ana tersenyum. Ana sudah temui jawapan. Maafkan ana Ehsan Fahmi. Suatu ketika dahulu, ya..ana akui, ana punya perasaan pada nta. Namun, sejak kali pertama ana jejakkan kaki di sini, tidak ada apa yang ana runsingkan lagi. Setiap hari yang meniti di dalam doa ana ialah mati syahid sahaja…

Buat Ehsan Fahmi, ana tidak dapat menerima lamaran nta. Izinkan ana menjadi wanita yang begitu mencintai syahid. Ana sudah tekad, diri ini hanya untuk Islam semata. Carilah gadis lain yang bakal bersamamu menelusuri baitul dakwah yang ingin nta bina. Ana bukanlah gadis yang dicari kerana ana sudahpun berkahwin dengan kematian. Kematian di bumi Palestina ini. Untuk pengetahuan, ana sudah mendaftar diri sebagai barisan pejuang akhawat yang akan menyerang tebing barat, Gaza pada Selasa ini. Restu ibu dan ayah sudah ana pohon. Petunjuk dari Ilahi sudah ana pohon. Jadi…bersiap sedialah ana untuk gapai cita-cita ana, mati syahid sebagai mujahidah pembela agama!

Salam juang dari ana…

Safiyyah Hanisah

Bumi Palestina

3 Januari 2011

9.35 pm


****************

Ehsan Fahmi seakan-akan tidak mempercayai apa yang dibacanya. Masyaallah…. Inilah insan yang aku perlekeh suatu ketika dahulu. Semangat jihadnya tiada tolok bandingnya. Maafkan aku Ya Allah kerana memperlakukannya sedemikian rupa…

Ehsan duduk berteleku di atas sejadah. Dia menyesal dengan perbuatannya selama ini… hinga sungguh dirinya…

“Ya Allah… kini aku sedar hakikat jihad yang sebenarnya. Tidak sepatutnya aku memandang hina terhadap insan lain yang begitu mencintai syahid. Aku tidak menyangka seorang gadis yang aku sangkakan lemah rupanya kuat semangat jihadnya hinggakan sanggup menginfakkan dirinya untuk Islam semata. Moga dia ketemu syahid Ya Allah…kerna itulah impiannya dari dulu lagi. Perkenankan doaku Ya Allah…”

Katakanlah: "tidak ada yang kamu tunggu-tunggu bagi kami, kecuali salah satu dari dua kebaikan[646]. Dan Kami menunggu-nunggu bagi kamu bahwa Allah akan menimpakan kepadamu azab (yang besar) dari sisi-Nya. Sebab itu tunggulah, sesungguhnya kami menunggu-nunggu bersamamu."      
~at taubah : 52~

[646]. Yaitu mendapat kemenangan atau mati syahid.

Nukilan serikandi, Serikandiumar93